Tuesday, May 17, 2011

Member Get Member (MGM) Program


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ok, di sini saya akan terangkan mengenai program Member Get Member-MGM.

Program nie dijalankan oleh admin dengan tujuan untuk mendapatkan ahli Koloni yang baru. So, untuk menghargai kerjasama anda. Pihak admin dengan ini bersetuju untuk memberikan anda komisen di atas usaha anda itu.

Berikut adalah konsep dan cara pengiraan komisen:

Setiap ahli baru yang berjaya dibawa masuk oleh anda. Anda akan layak untuk mendapat komisen RM10. Tiada had untuk anda membawa masuk ahli. Pengiraan komisen akan dibuat pada setiap bulan dan bayaran komisen akan dibayar pada hujung bulan. Komisen akan terus dibayar ke akaun bank pilihan anda.

Pengiraan komisen adalah seperti berikut:

Katakan anda berjaya membawa masuk 30 orang ahli koloni baru dalam bulan Mei 2011.

-RM10 X 30 orang
-RM300

Jadi, komisen anda untuk bulan Mei 2011 ialah RM300.

Anda dibenarkan membawa masuk seberapa ramai ahli menjadi "koloni". Sila gunakan promo link yang telah disediakan oleh pihak admin. Promo link telah dihantar kepada semua koloni melalui email. Link yang diberikan adalah unik dan tidak sama di antara semua ahli.
Bagi sesiapa yang terlupa atau hilang link itu. Sila email ke membership@julianaseth.com dan kami akan hantarkan sekali lagi kepada anda.


MGM INSENTIF
Pihak admin juga telah bersetuju untuk memberikan anda "MGM Insentif". Insentif ini adalah sebagai galakan dan penghargaan kepada ahli koloni yang berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak admin. "MGM Insentif" akan dibayar bersama dengan komisen anda.

Berikut adalah perincian bagi "MGM Insentif". Terdapat 2 jenis "MGM Insentif"

1- MGM Insentif RM200
2-MGM Insentif RM500


"MGM Insentif" RM200

Syarat syarat:

-Mana-mana koloni yang berjaya membawa masuk keahlian baru seramai 50 orang dalam masa sebulan akan menerima "MGM Insentif" RM200.
Pengiraan adalah seperti berikut:
-RM10 X 50 orang= RM500(komisen)
-RM500(komisen) + RM200(MGM Insentif) = RM700
Jadi, anda akan menerima RM700 yang akan dibayar terus ke akaun bank pilihan anda.


"MGM Insentif" RM500

Syarat-syarat:

-Mana-mana koloni yang berjaya membawa masuk keahlian baru seramai 100 orang dalam masa sebulan akan menerima "MGM Insentif" RM500.

Pengiraan adalah seperti berikut:

-RM10 X 100 orang= RM1000(komisen)

-RM1000(komisen) + RM500(MGM Insentif) = RM1500

Jadi, anda akan menerima RM1500 yang akan dibayar terus ke akaun bank pilihan anda.


Jadi, saya harap anda semua jelas dan faham tentang konsep "Member Get Member" dan "Insentif". Di sini, kami ingin menegaskan bahawa "Revolusi Drophip" bukanlah satu perniagaan
MLM atau sistem piramid mahupun "spill over". Komisen dibayar atas usaha anda yang mempromosikan "Revolusi Dropship" dan membawa masuk ahli baru sebagai "Koloni".

Manakala, insentif dibayar atas usaha anda untuk mencapai target atau sasaran yang ditetapkan
oleh pihak admin. Jadi, di sini kita ada "mutual relationship" dan anda perlu berusaha untuk mendapatkan komisen dan insentif.

Maka, tiadalah istilah "spill over" atau "login Facebook terus dapat RM100"

Selamat maju jaya dan jumpa anda di puncak kejayaan.


-Admin

No comments:

Post a Comment