Saturday, August 20, 2011

CRAZY RAYA SALE- Special Edition- Varieties Ladies Watches



Sila tolakkan RM10 dari harga jualan item-item ini bagi mendapatkan "Reseller Price"

Untuk download semua imej di dalam album ini ke dalam PC anda. Sila klik di sini ~> http://www.julianaseth.com/revolusi/zip/crazy_raya.zip


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba tidak berapa lama lagi. Kami di Revolusi Dropship akan mengadakan satu promosi jualan yang dinamakan " Crazy RAYA Sale-Special Edition" yang akan memaparkan barisan jam tangan berjenama untuk wanita.

Mengambil kira "feedback" dari pihak Pos Laju yang akan menghentikan urusan penghantaran barang tidak berapa lama lagi. Maka, kami juga terpaksa mempercepatkan jadual promosi jualan ini yang sepatutnya akan berakhir pada penghujung puasa ini.

Maka, untuk menghargai sokongan para "reseller", kami dengan ini berbesar hati melancarkan " Crazy RAYA Sale-Special Edition" berkuatkuasa serta merta dan akan berakhir pada tengah malam 21/8/2011 dan semua item yang dibeli untuk promosi pada kali ini akan dihantar pada 22/8/2011. Jika order diterima lewat dari tarikh 21/8/2011. Maka, item-item yang dipesan hanya boleh dihantar kepada para pelanggan anda selepas Hari Raya.

Jadi, bertindak sekarang dan mulakan promosi anda dengan segera. Kesemua item yang berada di dalam album ini adalah "Ready Stock". Jadi, kami berharap agar anda semak status item yang anda ingin beli di album facebook Juliana Seth ~> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1434264034048.43025.1756369470 dan jika sudah ada komen 'Sold Out" sila jangan buat belian untuk item tersebut. Ini kerana, kami tidak akan melakukan "restock" buat masa ini. jadi, apa yang anda perlu buat ialah "Jual item yang belum dijual oleh koloni lain"

Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda dan kami menanti "order form" dari anda semua.

Salam hormat,

Admin,
Revolusi Dropship


Thursday, August 18, 2011

Penghantaran Item Sempena Aidilfitri 2011 .


Assalamulaikum dan selamat sejahtera

Pihak admin ingin memaklumkan bahawa, jadual pesanan dan penghantaran item sempena menjelangnya Aidilfitri adalah seperti berikut:

Last order: 21-8-2011 - Ahad

Last shipment: 22-8-2011 - Isnin

Jadual yang kami sediakan ini adalah berdasarkan sumber daripada pihak Pos Laju. Sebarang order selepas 21-8-2011 hanya akan diuruskan selepas cuti raya.

Buat masa ini juga, sila inform para pelanggan anda bahawa berkemungkinan besar akan berlaku kelewatan ke atas item - item yang telah diorder. Ini kerana kami mendapat maklumbalas daripada pihak Pos Laju bahawa memang terdapat kesibukan luar biasa pada musim perayaan Hari Raya ini

Jadi, untuk mengelakkan perkara ini, sila order hanya item yang "ready stock" sahaja dan isikan order form sebelum atau selewat-lewatnya pada 21-8-2011.

Harap maklum dan terima kasih

Admin,

Revolusi Dropship

Monday, August 1, 2011

RAYA Special Edition- Varieties Ladies Watches


RAYA Special Edition- Varieties Ladies Watches

~> RESELLER PRICE : Sila tolak RM15 bagi jam yang berharga di bawah RM100 dan sila tolak RM20 bagi jam yang berharga di atas RM100

Direct link for download images: http://www.julianaseth.com/revolusi/zip/jam_raya.zip

~> Direct link via Facebook: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1434264034048.43025.1756369470

Bisnes & Nikmat Menahan Diri



Assalamualaikum, salam kebahagiaan kepada tuan puan, para usahawan yang berjiwa kental dan sentiasa dalam kasih sayang Tuhan.

Bulan ramadhan al mubarak

Apabila menyebut Ramadan, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran kebanyakan manusia biasa adalah tidak boleh makan siang.

Mari kita renung lebih dalam lagi. Ibu bapa, ustaz ustazah sering berpesan,

“Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.”

Apakah yang mereka maksudkan sebenarnya?

Menahan lapar dan dahaga di siang hari adalah simbolik kepada satu perkara yang lebih besar. Ramadan adalah satu kursus intensif selama 30 hari, bagi mendidik nafsu dan menahan diri daripada melakukan sesuatu yang biasa dilakukan.

Tuan puan, diri kita dikawal oleh diri kita sendiri, dengan pemantauan para malaikat dan afirmasi Tuhan. Setiap apa yang kita lakukan adalah pilihan kita sendiri, dan kita bertanggung jawab atas setiap pilihan yang kita ambil.

Dalam bisnes, satu perkara yang sukar dikawal oleh segelintir usahawan adalah apabila terhidangnya selambak wang di depan mata.


Kisah Seorang Sahabat – Bekerja Tanpa Gaji

Saya ingin berkongsi kisah benar yang diceritakan oleh sahabat saya. Sebuah hotel bercirikan Islam baru dibuka. Dimiliki oleh beberapa orang rakan kongsi sebagai lembaga pengarahnya. Hotelnya cantik, besar dan nampak gah (saya lihat di laman webnya).

Hotel itu dibuka beberapa bulan sebelum Ramadan. Maka ramailah pekerja yang direkrut termasuklah suami kepada sahabat saya ini.


Bulan berganti bulan, pekerja semakin gelisah. Ramadan semakin hampir, namun gaji mereka masih belum pernah dibayar walau sesen. Wang simpanan semakin susut. Apabila ditanya kepada pihak pentadbiran, tiada jawapan munasabah yang diperoleh.

Tiba-tiba, seorang demi seorang pengarah syarikat muncul dengan kereta mewah yang baru. Mercedes, BMW dan sebagainya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang dilihat, para pekerja mula menyiasat. Lalu terbongkar, rupa-rupanya pinjaman syarikat baru sahaja diluluskan oleh pihak bank. Pengarah-pengarah syarikat didapati menggunakan wang pinjaman berjuta itu, bagi membeli kereta baru masing-masing.

Sedangkan gaji pekerja masih belum dibayar!

Akhirnya, pekerja berpakat meninggalkan hotel itu. Dan hari ini, saya Google nama hotel itu sudah tidak wujud lagi.

Tuan puan, ini bukanlah kes pertama usahawan lupa diri apabila mendapat wang pinjaman perniagaan mahupun keuntungan besar secara mendadak.

Apakah faktor yang mendorong kepada kelakuan ini?
Lupa dan Gagal Menahan Diri Daripada Nafsu

Apa yang saya perhatikan, kebanyakan mereka yang mudah lupa diri dan gagal menahan diri apabila dihidangkan dengan wang yang banyak di depan mata, adalah:

Mereka yang selama ini hidup susah dan asyik merungut,
Mereka yang bisnesnya berkiblatkan keuntungan dunia semata-mata.


Kisah Benar

Sifu bisnes saya, Puan Ainon Mohd, sering mengingatkan kami para mentee-nya dengan perkataan ‘menangguhkan kepuasan’. Beliau sendiri adalah contoh yang terbaik kepada kami.

Selama beliau menjalankan training, beliau mengumpul wang sehingga terkumpul sejumlah yang banyak dan dapat menubuhkan Kumpulan PTS. Selepas 11 tahun, lihatlah di mana PTS berdiri sekarang dan semakin berkembang. Menahan diri dan menangguhkan kepuasan adalah kata kuncinya.

Wang selambak di hadapan mata, sama ada pinjaman atau keuntungan mendadak, bukanlah untuk dibelanjakan bagi memuaskan diri sendiri. Jika muncul keinginan memiliki kereta mewah, membeli kondominium, gajet tercanggih, beg tangan edisi terhad dan sebagainya, tanya dahulu kepada diri sendiri,

“Apakah pulangan yang akan saya dapat selepas saya membelinya?”

Jika jawapan kepada soalan itu ialah ‘kepuasan diri’ ataupun ‘dipandang mulia oleh masyarakat’, sedangkan bisnes masih terkontang-kanting dan hutang masih belum langsai, maka lupakan sahaja keinginan itu.

Nyata ia hanya keinginan dan bukan keperluan. Bisnes kita masih memerlukan wang untuk dibesarkan. Kita tidak mahu mati mengejut dengan hutang yang bertimbun. Kita perlu menahan diri. Kita lebih perlu dipandang mulia oleh Tuhan daripada manusia.
Kaya Bukan Sekadar Menjadi Jutawan

Alang-alang jadi usahawan, biar kita bersara sebagai orang tua yang memiliki harta berjuta-juta.

Alang-alang jadi usahawan, biar kita mati meninggalkan sejumlah harta yang cukup supaya keluarga kita tidak meminjam, dan meminta-minta kepada orang lain.

Alang-alang jadi usahawan, biar kubur kita sentiasa wangi. Berkat doa orang-orang yang menerima zakat kita setiap bulan.

Kaya sekejap, melarat bertahun, tidak memberi sebarang manfaat baik kepada diri, keluarga dan orang di sekeliling.

Hidup serba sederhana kerana kekayaan dikongsi dengan orang lain, manfaatnya adalah syurga.

Mudah-mudahan Ramadan kali ini cukup mendidik hati, jiwa dan akal kita bagi menjadi seorang usahawan yang sukses menahan diri. Amin.

Selamat berpesta ibadah!

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (shutter-rebels, christopherdpotts, zyaheami)
Kredit artikel (Majalah Niaga)

P/S: Selamat menunaikan ibadah puasa dari Team Revolusi Dropship