Tuesday, May 24, 2011

Bonus Jualan Bulanan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak admin "Revolusi Dropship" ingin mengumumkan berita gembira kepada semua koloni bahawa, admin akan membayar 5% bonus bagi setiap ahli koloni yang berjaya melepasi target jualan RM1000 dan keatas bagi setiap bulan.

Jadi, di sini semua koloni berpeluang untuk mendapatkan bonus tersebut. Apa yang anda semua perlu lakukan ialah membuat jualan sebanyak RM1000 atau lebih pada setiap bulan. Program ini akan bermula dari bulan Mei 2011 .

Kami tidak akan memberikan bonus hanya kepada "top seller" sahaja. Ini kerana kami sedar, ramai di antara ahli koloni yang masih baru dalam bidang ini. Ini juga akan mengelakkan supaya tiada orang tertentu sahaja yang asyik terima bonus.

Konsep ini juga memberikan faedah kepada mereka yang rajin serta komited di mana, jumlah bonus yang mereka terima adalah bergantung kepada jumlah jualan mereka dalam sebulan dengan andaian nilai peratus 5% tidak berubah.

Contoh pengiraan seperti di bawah:

Si A mendapat jumlah jualan RM1000 pada bulan Mei 2011.

RM1000 X 5%= RM50

Jadi, jumlah komisen yg akan diterima oleh si A ialah RM50.

==========================================

Si B mendapat jumlah jualan RM1800 pada bulan Mei 2011.

RM1800 X 5%= RM90

Jadi, jumlah komisen yg akan diterima oleh si B ialah RM90.

==========================================

Si C mendapat jumlah jualan RM5000 pada bulan Mei 2011.

RM5000 X 5%= RM250

Jadi, jumlah komisen yg akan diterima oleh si C ialah RM250.


Jadi, nilai atau jumlah komisen yang akan diperolehi oleh anda bergantung kepada usaha anda sendiri..Semakin banyak jumlah jualan anda..maka, semakin tinggi jumlah komisen anda.

Apa yang penting, untuk anda menerima bonus..anda perlu melepasi syarat wajib iaitu mencapai jualan sebanyak RM1000 pada setiap bulan.
Harap maklum;

No comments:

Post a Comment