Monday, January 23, 2012

Insentif Jualan akan dilancarkan semula....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak admin ingin memaklumkan kepada para koloni bahawa kami akan melancarkan semula "Sales Incentive / Insentif Jualan" pada bulan Februari 2012. Semua koloni yang berdaftar adalah layak untuk menyertainya...

Peraturan atau kaedahnya adalah cukup mudah...Sila teruskan bacaan anda dan skrol ke bawah...





Pihak admin "Revolusi Dropship" ingin mengumumkan berita gembira kepada semua koloni bahawa, admin akan membayar 5% bonus bagi setiap ahli koloni yang berjaya melepasi target jualan RM1000 dan keatas bagi setiap bulan.

Jadi, di sini semua koloni berpeluang untuk mendapatkan bonus tersebut. Apa yang anda semua perlu lakukan ialah membuat jualan sebanyak RM1000 atau lebih pada setiap bulan. Program ini akan bermula semula dari bulan Feb 2012 hingga Mei 2012 - Bulan Mei 2012 ialah Ulang Tahun Pertama REVOLUSI DROPSHIP .

Kami tidak akan memberikan bonus hanya kepada "top seller" sahaja. Ini kerana kami sedar, ramai di antara ahli koloni yang masih baru dalam bidang ini. Ini juga akan mengelakkan supaya tiada orang tertentu sahaja yang asyik terima bonus.

Konsep ini juga memberikan faedah kepada mereka yang rajin serta komited di mana, jumlah bonus yang mereka terima adalah bergantung kepada jumlah jualan mereka dalam sebulan dengan andaian nilai peratus 5% tidak berubah.

Contoh pengiraan seperti di bawah:

Si A mendapat jumlah jualan RM1000 pada bulan Feb 2012.

RM1000 X 5%= RM50

Jadi, jumlah komisen yg akan diterima oleh si A ialah RM50.

==========================================

Si B mendapat jumlah jualan RM1800 pada bulan Feb 2012.

RM1800 X 5%= RM90

Jadi, jumlah komisen yg akan diterima oleh si B ialah RM90.

==========================================

Si C mendapat jumlah jualan RM5000 pada bulan Feb 2012.

RM5000 X 5%= RM250

Jadi, jumlah komisen yg akan diterima oleh si C ialah RM250.


Jadi, nilai atau jumlah komisen yang akan diperolehi oleh anda bergantung kepada usaha anda sendiri..Semakin banyak jumlah jualan anda..maka, semakin tinggi jumlah komisen anda.

Apa yang penting, untuk anda menerima bonus..anda perlu melepasi syarat wajib iaitu mencapai jualan sebanyak RM1000 pada setiap bulan.



Bagaimana kami dapat tahu bahawa anda yang buat sale.... bagaimana kami "Track" sales anda...???

Soalan yang baik, untuk pengetahuan anda...setiap koloni telah dibekalkan dengan "Koloni ID". Jadi, setiap order atau pembelian perlu menggunakan "koloni ID" di mana, "koloni ID" diperlukan ketika anda mengisikan order form..... Jadi, dari situlah kami dapat tahu bahawa anda yang membuat jualan :)


Dan lagi, setiap jualan yang dilakukan, kami akan mengirimkan email yang mengandungi tracking no. Pos Laju.... Ini bermakna, anda juga sebenarnya boleh melakukan semakan sendiri terhadap jualan anda... Ia sememangnya sangat mudah dan berbaloi....


Pada setiap akhir bulan, pihak admin akan buat "closing" dan kita akan dapat tahu siapa yang mendapat insentif jualan tertinggi :)


Sebarang pertanyaan, sila email ke feedback@revolusidropship.com atau anda boleh call/sms admin di talian 012-7744400 (RD).... Yup, RD sendiri yang akan menyelia program ini dan anda boleh call / sms pada bila-bila masa sahaja :)


Bagi anda yang masih belum mendaftar sebagai ahli KOLONI REVOLUSI DRPOSHIP, jangan bertangguh lagi, anda boleh berbuat demikan sekarang juga... Sila klik pautan ini ~> DAFTAR SEKARANG


Harap maklum & Terima kasih;

No comments:

Post a Comment