Tuesday, June 21, 2011

Trojan menyerang....




Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Di sini RD ingin memaklumkan bahawa salah satu PC yang digunakan oleh pihak admin telah terkena serangan trojan-keylogger...serangan ini telah berlaku semalam dan sehingga kini, RD sedang dalam usaha untuk membaikpulih.

RD dan admin ingin memohon maaf jika terdapat sedikit gangguan atau kelewatan dalam urusan bisnes kita. Walau bagaimanapun, server masih bebas dari serangan dan semua donwload link masih berfungsi seperti biasa.

RD ingin memohon kerjasama dari anda semua agar "scan" menggunakan antivirus semua gambar atau link yang ingin dihantar melalui email kepada kami.

Kami mengambil serius akan impak serangan ini dan jika RD dapati ada serangan subversif...pihak admin tidak akan teragak-agak untuk menamatkan keahlian mana-mana ahli koloni yang terlibat.

Harap maklum.

No comments:

Post a Comment