Thursday, July 7, 2011

"KOLONI" Claim/Return Form


Salam sejahtera,

Di sini admin ingin menerangkan beberapa garis panduan yang perlu diikuti oleh para koloni apabila berlaku situasi di mana para pelanggan anda ingin memulangkan barang atas alasan-alasan tertentu.

Anda sebagai reseller perlu mengambil tahu akan permasalahan barangan pelanggan anda dan pada masa yang sama anda juga perlu mengisi "Claim/Return Form" bagi melancarkan urusan penghantaran semula barangan yang sudah siap di claim/ditukar.

Jika anda tidak mengisi claim/return form ini, pihak kami tidak dapat menghantar barangan itu kepada pelanggan anda.

Sila dapatkan tracking code dari pelanggan anda yang sudah memulangkan barangan tersebut kepada kami. Tracking code itu diperlukan semasa anda mengisi claim/return form itu nanti.

Sila baca panduan yang diperlukan oleh anda bagi tujuan claim/return seperti di bawah:

Perhatian: Sila baca maklumat ini sebelum mengisi borang.

1. Setiap satu borang ini adalah untuk satu item sahaja.

2. Caj RM 5 untuk Semenanjung Malaysia dan RM10 bagi Sabah/ Sarawak akan dikenakan bagi item yang di claim/return lebih dari satu minggu dari tarikh penerimaan item itu. Kami akan merujuk kepada Tracking no. Pos Laju bagi memastikan tarikh sebenar penerimaan item tersebut oleh pelanggan anda.

3. Item yang sudah siap di claim tidak akan dihantar semula kepada pelanggan anda jika anda tidak membuat bayaran tersebut. Jadi, pastikan anda membuat bayaran terlebih dahulu sebelum mengisi borang ini.

4. Item yang TIDAK ROSAK tetapi dipulangkan/claim juga akan menyebabkan anda menanggung kos penghantaran semula seperti di atas. Item tersebut tidak akan dihantar selagi anda tidak membuat bayaran tersebut.

5. TIADA CAJ penghantaran bagi item yang di claim/return dalam masa seminggu dari tarikh penerimaan item itu. Kami akan merujuk kepada Tracking no. Pos Laju bagi memastikan tarikh sebenar penerimaan item tersebut oleh pelanggan anda.


6. Sila pastikan anda mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang ini ATAU borang anda tidak dapat di hantar oleh kerana kegagalan sistem.

7. Item yang di claim/return perlu di hantar ke alamat berikut dan MESTI menggunakan POS LAJU sahaja.

Juliana Binti Seth (Self Collect)
Pos Laju Kuala Lumpur
Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur

Tel:019-2099800

8. Anda boleh dapatkan "Claim/Return Form" anda di sini ~> Claim/Return Form

Harap maklum.

No comments:

Post a Comment